Hukum Suami & Isteri Lebih Pentingkan Ibu Bapa dan Keluarga

hukum suami mementingkan ibu dari isteri

Apakah hukum jika suami lebih mementingkan ibu bapanya dan bagaimana dengan isteri yang lebih mengutamakan keluarganya daripada suami sedangkan suami adalah ketua keluarga?

Bersyukurlah pada Allah sekiranya kita bukan berada di persimpangan dan serba salah antara ibu bapa dan isteri atau antara ayah dan ibu serta suami. Jika ya, hadapilah dengan sabar dan tenang.

Yang paling penting adalah mengikut hukum Islam yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW serta sepertimana yang Allah telah terangkan dalam kitab suci Al-Quran.

Hukum Suami & Isteri Utamakan Keluarga




Jika berada di posisi tengah seperti antara isteri dan ibu adalah lebih parah lagi kerana dalam hukum,suami wajib mengutamakan ibu lebih daripada isteri sendiri.

Begitu juga isteri perlu lebihkan suami dahulu sebelum kedua-dua ibu bapa yang disayangi. Apa alasan sekalipun, si isteri harus meminta izin suami walaupun untuk pergi melawat orang tuanya.

Walau bagaimanapun, kita sebagai manusia pasti boleh berfikir dengan betul serta tahu akan dosa dan pahala. Sekiranya berpandukan pada ajaran Islam tentunya rasa serba salah tidak akan ada walau sedikit pun.

Namun, tidak semua kaum isteri dapat menahan dengan ujian ini malah menjadi sakit hati apabila dapat melihat sang suami amat mengambil berat serta mengutamakan ibunya daripada isterinya sendiri.

Dan si suami pula pasti akan menjadi marah dan sakit hati apabila melihat isteri sangat mengutamakan kedua ibu bapanya daripada suaminya sendiri yang berada di hadapan matanya. Jadi, apa yang harus dilakukan?

Berikut dikongsikan beberapa nasihat daripada Ustaz-Ustaz terkenal yang menjelaskan tentang hukum seorang suami yang mengutamakan ibu bapa dan hukum seorang isteri ke atas suaminya.

Hukum Suami Pentingkan Ibu Bapa


Seorang suami harus bijak membuat pilihan antara ibu dan isteri. Sebaiknya harus dijaga kedua-dua hati mereka agar tidak menjadi dosa. Dengarkan penjelasan berkaitan.


Antara Ibu dan Isteri Tercinta


Hukum Anak Lelaki Abaikan Tanggungjawab


Hukum Isteri Utamakan Keluarga Dari Suami



Taat Suami atau Ibu Bapa?


Hukum Isteri Yang Ingkar


Semoga perkongsian tentang penjelasan berkaitan dengan hukum suami lebih mementingkan ibu daripada isteri dan isteri yang lebih mengutamakan keluarga daripada suami sendiri. Semoga bermanfaat kepada semua.