Doa Al-Afiyah Ringkas Tapi Padat Dengan Kelebihan Tersendiri

doa al afiyah ayat pendek tapi power

Doa adalah senjata orang mukmin dan ia juga satu ibadah yang teramat hebat kerana dengannya ia dapat menghubungkan terus segala rayuan, aduan, permintaan dan permohonan kita kepada Allah SWT.

Oleh sebab itulah, sebagai orang Islam kita amat digalakkan untuk meminta atau berdoa kepada Allah SWT sepertimana yang telah diajar oleh Nabi Muammad SAW kepada semua muslimin dan muslimat.

Walau bagaimanapun, untuk berdoa, kita seharusnya tahu dan faham tentang garis panduan, adab berdoa, syarat-syarat dan makna sesebuah doa agar tidak bercanggah daripada ajaran Islam serta selagi doa itu membawa maksud atau makna yang baik.

Doa Al-Afiyah Ayat Pendek Tapi POWER



Doa pendek, ringkas atau panjang tidak menjadi sebarang masalah selagi mana adab ketika berdoa kita itu itu betul serta memenuhi syarat semasa berdoa supaya doa yang dipanjatkan itu diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Dalam banyak doa-doa, terdapat satu doa pendek yang amat baik untuk diamalkan iaitu doa Al-Afiyah sepertimana yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang mana ia dinukilkan oleh Al-Imam Al-Nawawi dalam kitab Al-Azkar.

Doa Al Afiyah Lengkap

doa afiyah lengkap rumi dan jawi

Terjemahan Maksud Doa Afiyah

makna afiah

Memahami Maksud atau Makna Afiah

Mungkin kita selalu mendengar perkataan Sihat Wal Afiah. Walau bagaimanapun, adakah anda faham apa maknanya? Perkataan Afiah membawa maksud yang amat luas dan berkait dengan banyak perkara.

Ia juga turut mengaitkan satu kisah di mana pada suatu hari bapa saudara Nabi iaitu Saidina Al-Abbas R.A datang kepada Nabi SAW dan berkata: 'Ya Rasulullah, ajarkanlah doa,' katanya.

Lalu, Nabi Muhammad SAW telah berkata: "Wahai bapa saudaraku, bacalah" :

allahumma inni as'aluka al afiyah bermaksud

Jadi, apakah makna 'Afiah yang sebenarnya? Berikut adalah antara maksud Afiyah seperti yang telah dikongsikan oleh Ustaz Iqbal Zain, 'Afiyah bermaksud:

khasiat doa al 'afiyah

Jadi, secara asasnya, 'Afiyah bermaksud: "Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan." Ini juga termasuk di dunia dan akhirat.

Baca : Himpunan Doa-Doa Mustajab Harian

Malahan secara tepatnya, Afiah merangkumi segala keselamatan dan kesejahteraan zahir dan batin, segala urusan duniawi dan ukhrawi, perkara mengaitkan dunia dan agama, rohani dan jasmani serta luaran dan juga dalaman.

Jadi, mulai sekarang marilah kita bersama-sama mengamalkan doa Afiah yang amat baik dan berkesan untuk menghindari daripada perkara yang tidak baik atau segala bala, musibah atau sebarang penyakit.

Bukan itu sahaja, jika ia menjadi amalan harian, kita juga dapat mengelakkan diri dari fitnah serta dilindungi daripada sebarang ancaman dan bahaya. Semoga doa Al-Afiyah ini menjadi zikir rutin kita setiap hari. Semoga bermanfaat.