7 Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Hebat & Mudah Diamalkan

amalan rasulullah saw

Dalam hidup kita setiap hari pasti kadangkala kita membuat banyak kesilapan yang melampau, berfikiran negatif dari segi perbuatan, percakapan yang tidak sepatutnya sehingga membuatkan diri kita sentiasa jauh dengan Allah SWT.

Itulah diri kita sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari daripada buat kesalahan dan kesilapan. Tapi, kita bernasib baik kerana Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada semua hambaNya supaya dapat teruskan perjalanan ke akhirat dengan penuh keberkatan.

Oleh itu, untuk mencapai tujuan yang baik itu, kita harus sekurang-kurangnya mengamalkan serta menjaga Sunnah Nabi Muhammad SAW setiap hari dalam hidup kita sehari-hari kerana kelebihan amalan Sunnah ini sangat mustajab dan baik untuk semua orang Islam.

7 Sunnah Nabi Yang Mudah Diamalkan


Sebenarnya maksud Sunnah Nabi seperti 'Cara Nabi' iaitu dengan mengikut apa yang telah diajarkan serta diamalkan oleh Rasulullah SAW ini. Terlalu banyak Sunnah yang telah Baginda tinggalkan, namun ada tujuh Sunnah yang harus diketahui iaitu:

1. Solat Berjemaah di Masjid

sunnah rasulullah dalam kehidupan

Sudah pastinya solat tetapi jangan sekali tinggalkan solat berjemaah di masjid terutamanya ketika waktu subuh. Sebelum keluar dan melangkah walau ke mana sekalipun, pergilah ke masjid kerana masjid adalah pusat kerbekahan.

Ia bukanlah kerana laungan azan yang dipanggil oleh Muadzin tetapi itulah panggilan daripada Allah SWT yang mencari orang-orang beriman untuk mengimarahkan masjid Allah.

2. Solat Dhuha

kelebihan mengamalkan sunnah nabi

Selain solat fardhu, jagalah solat dhuha yang sangat banyak kelebihan dan kebaikannya itu. Kerana kunci rezeki sebenarnya adalah terletak pada solat duha.

Yakinlah, kesan daripada solat ini jika diamalkan setiap hari sememangnya amat dahsyat dan hebat dalam mendatangkan rezeki Allah.

3. Sedekah Dengan Ikhlas

amalan sunnah nabi

Sedekah dengan hati yang ikhlas kepada mereka yang memerlukan. Jagalah sedekah dalam kehidupan sehari-hari. Sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya yang selalu bersedekah malah malaikat akan selalu mendoakan orang yang suka bersedekah setiap hari.

Sebenarnya, setiap sedekah yang diberi kepada mereka yang amat memerlukan pastinya akan dibalas oleh Allah SWT dengan berlipat kali ganda dalam pelbagai bentuk yang kita tidak ketahui.

4. Sentiasa Dalam Wudhuk

amalan sunnah rasulullah seharian

Pastikan diri kita sentiasa dalam keadaan berwudhuk kerana Allah amat menyayangi hambaNya yang berwudhuk seperti kata Khalifah Ali Bin Abu Thalib:

"Orang yang sering berwudhuk sentiasa ia akan berasa selalu menunaikan solat walaupun ia sedang tidak bersolat dan dijaga oleh malaikat dengan dua dia iaitu ampuni dosa dan sayangilah dia Ya Allah."

5. Amalkan Istighfar

selalu menunaikan solat

Kita diajar supaya sentiasa istighfar pada setiap saat dan ketika. Kerana dengan istighfar segala masalah dan musibah yang terjadi kerana dosa diri kita pasti akan dijauhkan oleh Allah SWT.

Tanda kita bersyukur dengan kurniaan Allah pada diri kita adalah dengan zikir. Jika kita tidak bersyukur bermakna kurangnya kita berzikir. Oleh sebab itulah, kita harus sentiasa menghayati dan menunaikan ibadah wajib yang diajarkan Islam diikuti dengan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Zikir juga adalah antara makanan rohani yang diumpamakan paling bergizi dan dengan berzikir kita dapat menghindari dari sebarang kejahatan dan juga perkara yang tidak baik.

6. Mendalami & Mengamalkan Al-Quran

membaca quran setiap hari

Mengamalkan dan membaca ayat suci Al-Quran sebelum terbitnya matahari dan adalah amat baik sekiranya sebelum mata melihat dunia ini, mata terlebih dahulu melihat dan membaca Al-Quran dengan penuh pemahaman yang baik.

Walau bagaimanapun, jika diri kita teramat sibuk dengan tugasan harian sehingga tidak sempat membaca kesemuanya, sekurang-kurangnya amalkanlah bacaan ayat 3 Qul dan juga ayat Kursi.

Baca : Doa Sebelum dan Selepas Membaca Al-Quran

7. Solat Tahajjud

mengamalkan sunah nabi

Solat tahajjud, buatlah selalu solat tahajjud bangun ketika sunyi di waktu malam dan semasa semua orang sedang lena dibuai mimpi. Paling tidak selang dua hari mengikut kemampuan masing-masing.

Kerana kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajjudnya. Tentunya doa akan mudah dimakbulkan serta menjadikan diri kita yang hina ini akan semakin hampir dengan Allah SWT.

Senarai 100 Sunnah Rasulullah SAW


Kesimpulan

Marilah kita amalkan Sunnah Nabi Muhammad ini, walaupun tidak secara keseluruhan disebabkan kesibukan atau masalah tertentu, cukuplah dengan 7 Sunnah hebat di atas yang ternyata terlalu banyak kelebihan dan kebaikan jika mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Antara kelebihan itu Seperti hadis yang dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. Dari Nabi SAW katanya: "Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!"

 Dan begitu juga sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: "Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!"

Semoga perkongsian Ustaz Don Daniyal iaitu tujuh Sunnah Nabi Muhammad SAW yang teramat baik dan mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan ini akan membuka pintu hati anda yang sedang membaca untuk mula mengamalkannya. Semoga hidup kita semua diberkati Allah. - ilmualam.com