Doa untuk sahabat tersayang, yang baik, yang sakit, kemalangan, semoga cepat sembuh, yang sedang bersedih, yang telah pergi, yang akan menjalani pembedahan dan sebagainya, kami kongsikan untuk tatapan dan rujukan anda.
Sama ada sahabat lelaki atau perempuan, tidak salah kita mendoakan untuk kebahagiaan sahabat yang kita sayang itu kerana Allah selain dapat kekalkan persahabatan ia juga amat dituntut dalam Islam untuk mendoakan untuk kebaikan sesama Islam.
Doa adalah senjata orang mukmin dan ia adalah anugerah yang teramat istimewa dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua hambaNya. Malahan ada hadis yang menyebut doa untuk sahabat tanpa pengetahuan saudara kita itu sangat mustajab.
Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Jika anda sedang mencari doa untuk sahabat yang tersayang, anda boleh membaca doa-doa untuk seorang sahabat yang kami kongsikan di bawah. Berdoalah dengan penuh keikhlasan kerana doa tanpa pengetahuan sahabat atau untuk saudara kita amat mustajab di sisi Allah SWT.
Sama ada sahabat kita itu masih ada atau telah tiada, kita digalakkan dalam Islam untuk sentiasa mendoakan apa saja kebaikan untuk mereka, malahan apa saja yang kita doakan itu, Allah pasti akan kurniakan perkara yang sama seperti kita doakan kepada sahabat kita.
Doa Untuk Sahabat Yang Tersayang
Dalam Islam, kita digalakkan untuk sentiasa bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang beriman dan soleh. Apabila kita berkawan dengan mereka pasti kita akan menjadi seperti mereka selain dapat membuat amal ibadat bersama-sama.
Apabila sering bersama mereka, kita akan lebih bersemangat dalam ibadah serta dapat mengubah diri kita ke arah kebaikan yang amat disukai Allah SWT. Disebabkan itu, supaya kita sentiasa dicintai orang yang soleh atau sahabat kita kerana Allah, bacalah doa berikut:
HADIS:
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"
"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak" - Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali.
Baca : Adab Berdoa
Bismillahirrahmanirrahim.
Hadis & Ayat Al-Quran Berkaitan Dengan Sahabat & Persaudaraan Dalam Islam
Persahabatan, persaudaraan dan kawan mempunyai maksud dan makna yang menjunjung prinsip kehidupan. Berikut adalah beberapa hadis dan ayat-ayat Al-Quran berkaitan dengan sahabat atau persahabatan untuk dijadikan bahan rujukan.
Ayat Al-Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat
Hadis Persahabatan: Memilih Kawan
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah atau bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)
Baca : Doa Untuk Orang Meninggal Dunia Lelaki & Perempuan
Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari
Hadis Persahabatan: Cermin
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya." (Riwayat Abu Daud)
Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah
"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)
Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana
"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)
Doa Untuk Sahabat
Doa Dariku Buatmu Sahabatku
Doa Untuk Kawan Baik dan Keluarga
Doa Untuk Sahabat Semoga Cepat Sembuh
Doa Untuk Kawan & Persahabatan
Semoga perkongsian doa untuk sahabat ini akan bermanfaat buat anda. Marilah kita mendoakan untuk sahabat kita yang dikasihi serta memohon kepada Allah agar silaturahim ini akan terus berkekalan dunia dan akhirat. - ilmualam.com