Jika anda ingin ke sesuatu destinasi atau tempat yang hendak dituju serta mencari doa sebelum memulakan perjalanan yang betul daripada ayat suci Al-Quran, anda boleh baca dan amal doa naik kenderaan darat dan laut yang dikongsikan.
Sebenarnya, semua umat Islam amat disarankan membaca doa sebelum memulakan perjalanan walau ke mana saja yang kita ingin pergi. Kerana membaca doa naik kenderaan ini dengan memohon kepada Allah agar perjalanan kita dilinndungi oleh Allah SWT sehinggalah selamat sampai ke tempat ditujui.
Doa Naik Kenderaan & Sebelum Memulakan Perjalanan
Apabila kita hendak keluar daripada kediaman atau rumah, sebaik-baiknya kita amalkan doa-doa yang baik seperti doa naik kenderaan yang diambil daripada Al-Quran yang boleh kita jadikan amalan setiap kali keluar rumah.
Baca Ayat Kursi
Baca Surah Al-Ikhlas 7 Kali
Seterusnya baca doa memulakan perjalanan dengan betul. Berikut adalah doa yang perlu dibaca sekiranya kita menaiki kenderaan darat. Setelah anda masuk ke dalam kenderaan seperti kereta, bas atau apa saja, bacalah doa naik kenderaan berikut:
Doa Naik Kenderaan
Adab Menaiki Kenderaan
Selain baca doa naik kenderaan, kita juga perlu menjaga adab ketika menaiki kenderaan dan ada beberapa adab yang tidak harus dipandang ringan malah amat digalakkan untuk kita melakukannya.
1. Baca Bismillah sebelum naik kenderaan
2. Membaca doa naik kenderaan
Baca doa naik kenderaan serta berdoa dengan niat untuk mendapatkan kebaikan dan ketakwaan supaya Allah dapat melindungi kita dari perkara buruk, kesukaran ketika dalam perjalan serta memudahkan kita sampai ke destinasi ditujui.
3. Mulakan langkah dengan kaki kanan
Umat Islam sentiasa disarankan memulakan apa saja dengan bermula sebelah kanan begitu juga ketika hendak menaiki kenderaan, ia harus dimulakan dengan kaki kanan.
4. Mengikut giliran
Sekiranya anda menaiki kenderaan awam seperti keretapi, LRT, bas dan sebagainya, anda wajib berbaris atau beratus sewaktu menaiki kenderaan tersebut.
Tindakan ini adalah untuk menghindari daripada berlaku sebarang kejadian yang buruk berlaku seperti terjatuh atau berlaku kemalangan kecil seperti berebut-berebut ketika naik kenderaan awam tersebut.
5. Mengutamakan penumpang yang lebih memerlukan
Orang kurang upaya (OKU), Warga emas, wanita hamil, ibu yang membawa anak kecil atau kanak-kanak adalah mereka yang perlu diutamakan oleh golongan yang masih muda sekiranya menaiki kenderaan atau pengangkutan awam.
6. Berdisplin di jalan raya
Kemalangan jalan raya biasanya berlaku di atas sebab beberapa faktor iaitu antaranya adalah pemandu yang cuai, tidak berdisplin, tidak menghormati pemandu dan penumpang lain selain hanya mementingkan diri sendiri.
Oleh itu, kita digalakkan supaya sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya serta dilarang membahayakan pengguna-pengguna jalan raya yang lain yang turut sama ingin menuju ke destinasi masing-masing.
Baca : Himpunan Doa-Doa Harian
Doa Apabila Sampai Ke Tempat Yang Dituju
Apabila anda sampai ke destinasi atau ke tempat tujuan menaiki kenderaan tersebut, kita disunatkan membaca doa seperti yang dikongsikan berikut:
Semoga perkongsian doa naik kenderaan ini akan membantu menaiki kenderaan anda dan sampai ke destinasi yang anda tujui dengan selamat dan juga selamat balik ke tempat asal nanti. Berdoalah kepada Allah dengan meletakkan pergantungan terhadapNya dalam semua perkara. - ilmualam.com