
Dalam kehidupan seharian kita dan apa saja yang kita lakukan haruslah dimulai dengan Bismillah serta begitu banyak doa-doa harian yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam untuk diamalkan dalam kehidupan.
Doa adalah senjata orang mukmin dan ia juga adalah satu ibadat yang amat digalakkan dalam Islam. Malahan Allah SWT amat menyukai hambaNya yang sentiasa berdoa, merayu, meminta, merintih dan memohon kepadaNya apa saja keinginan atau permintaan.
Walau bagaimanapun, Allah SWT murka kepada sesiapa yang sombong yang langsung tidak mahu berdoa kepadaNya. Sesiapa saja boleh berdoa dan memohon kepada Allah tanpa batasan pada setiap waktu atau dalam keadaan apa sekalipun.
Setiap kelakuan atau aktiviti kita dalam kehidupan seharian, sebaiknya seiringan dengan solat serta doa serta amalan-amalan yang lain yang sunat atau pun yang wajib. Doa-doa harian juga merangkumi semua aspek kehidupan serta perbuatan yang kita lakukan.
Himpunan Doa-Doa Harian Yang Mustajab
Doa-doa harian bermula sejak kita bangun dari tidur, masuk ke tandas, mandi, makan dan sebagainya sehinggalah kita kembali ke tempat tidur untuk tidur semula sementara menunggu hari esok untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.
Setiap perbuatan mempunyai doa-doa tertentu yang perlu kita amalkan agar kehidupan kita lebih sempurna dan diberkati Allah SWT. Sesungguhnya setiap amal kebaikan yang kita buat pasti dapat ganjaran pahala yang dijanjikan Allah SWT terhadap hambaNya.
Di sini kami kongsikan koleksi doa-doa harian yang amat bermanfaat untuk diamalkan semua umat Islam tanpa mengira jantina dan usia. Doa ini akan dikemaskinikan dari masa ke semasa untuk tatapan sesiapa saja. - Facebook
Doa Sebelum Makan

Doa Selepas Makan

Doa Sebelum Belajar

Doa Selepas Belajar

Doa Masuk Tandas

Doa Keluar Tandas

Doa Masuk Rumah

Doa Keluar Rumah

Doa Sebelum Tidur

Doa Bangun Dari Tidur

Doa Ketika Memakai Pakaian

Doa Ketika Membuka Pakaian

Doa Masuk Masjid

Doa Keluar Masjid

Doa Mohon Kesejahteraan Dunia & Akhirat

Doa Penerang Hati

Doa Ketika Hujan

Doa Naik Kenderaan

Doa Ketika Melihat Cermin

Doa Ketika Dengar Musibah

Doa Mohon Sembuh Dari Sakit

Doa Mohon Kesihatan Yang Baik

Doa Memohon Petunjuk Allah

Semoga perkongsian himpunan doa-doa harian yang perlu kita lakukan setiap hari akan bermanfaat buat anda semua. Marilah kita amalkan dan berdoa selagi kita mampu lakukan dan masih sihat untuk melakukan tugas harian kita sebagai hamba Allah. - ilmualam.com