Semua ibu bapa di dunia ini pasti menginginkan setiap anak mereka menjadi anak yang soleh serta solehah dan juga bijak pandai selain turut mendengar kata dan baik dengan semua orang selepas diberikan didikan yang sempurna serta ajaran yang betul.
Dalam Islam juga menyarankan semua ibu bapa memberikan didikan yang baik mengikut ajaran Islam supaya membentuk setiap anak-anak yang dilahirkan menjadi orang yang berguna terhadap agama dan bangsa serta negara berjaya dunia dan akhirat.
Selain didikan yang sempurna, semua ibu bapa juga boleh mengamalkan banyak doa-doa yang mujarab daripada surah-surah ayat suci Al-Quran yang terbukti sangat berkesan untuk membentuk anak-anak supaya cerdik dan pandai.
Begitu juga ibu bapa yang menghadapi anak-anak atau remaja yang bermasalah lelaki atau perempuan seperti degil dan melawan, malas belajar, panas baran, kurang ajar, tidak mendengar kata, tidak balik rumah dan sebagainya.
Doa Untuk Anak Lelaki & Perempuan
Berikut dikongsikan beberapa doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk anak-anak dalam usaha menangani anak yang bermasalah atau sebagainya. Sesungguhnya doa-doa yang disertakan ini adalah penawar terbaik untuk semua anak sama ada remaja atau masih kanak-kanak.
Doa Untuk Melembutkan Hati Anak
Doa ini boleh diamalkan atau dijadikan sebagai doa untuk lembutkan hati anak serta meminta kepada Allah agar anak yang dikasihi akan menjadi anak yang bijak, pintar dan soleh. Amalkan dengan sepenuh hati, insya Allah akan dimakbulkan Allah.
Maksud Dalam Rumi:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Ali Imran Ayat 200.
Doa Pelembut Hati Anak
Doa ini juga antara ayat Al-Quran yang dijadikan sebagai doa pelembut hati anak yang mungkin panas baran atau degil serta yang seumpamanya.
Maksud Dalam Rumi:
"Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!" - Surah Al-Anbiya Ayat 69.
Doa Supaya Anak Rajin Solat
Ayat 40-41 dari surah Ibrahim ini telah terbukti keberkesanannya untuk dijadikan doa supaya anak lelaki atau perempuan agar sentiasa rajin menunaikan solat tanpa disuruh dengan hanya mengamalkan doa ini setiap hari selepas selesai menunaikan solat lima waktu.
Doa Anak Taat Perintah Allah
Doa dari surah Taha ini juga boleh digunakan untuk meminta kepada Allah agar semua anak-anak kita rajin solat dan sentiasa menurut perintah Allah seperti mengaji, sembahyang dan sebagainya.
Doa Anak Degil
Ayat 19 dari surah As Syura ini dikhaskan sebagai doa untuk anak yang degil. Insya Allah dengan mengamalkan doa ini anak-anak kita tidak lagi degil atau melawan cakap serta tidak mendengar kata dengan syarat amalkan doa ini setiap hari.
Doa Untuk Anak Panas Baran
Doa daripada surah Al Hasyar ayat 22 hingga 24 ini dijadikan sebagai doa untuk anak yang panas baran serta untuk mengurangkan masalah kedegilan anak dengan mengamalkan bacaan dari ayat suci Al-Quran ini pasti masalah tersebut akan berkurang atau dapat dielakkan sepenuhnya.
Maksud Dalam Rumi:
Ayat 22: "Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
Ayat 23: "Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya."
Ayat 24: "Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana." - Surah Al-Hasyar Ayat 22-24.
Doa Jika Anak Bergaduh
Jika ada anak-anak yang suka bergaduh dan sering bertengkar, ibu bapa boleh mengamalkan bacaan ayat surah Al-Baqarah ayat 102 untuk menangani masalah ini.
Maksud Rumi dan Terjemahan:
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);
Kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua:
Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." - Surah Al-Baqarah Ayat 102.
Doa Anak Yang Keluar Malam
Jika anda mempunyai anak yang degil dan sering keluar malam, ibu bapa boleh juga membaca ayat 31 daripada surah Ar-Ruum ini seperti yang dikongsikan dalam gambar di bawah.
Maksud dan Terjemahan:
"Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik." - Surah Ar-Ruum Ayat 31.
Doa Supaya Anak Rajin Ke Sekolah
Sekiranya ada anak yang sentiasa malas untuk ke sekolah atau malas belajar. Anda boleh juga membaca doa daripada surah Taha ayat 1 hingga 5, insya Allah, jika sentiasa amalkan pasti anak itu akan rajin pergi ke sekolah dan menjadi anak yang baik serta pintar.
Maksud dan Terjemahan:
"Ta. Ha. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy." - Surah Taha Ayat 1-5.
Doa Supaya Anak Boleh Menghafal Ilmu
Doa ini adalah doa untuk anak supaya boleh menghafal ilmu belajar atau yang telah dipelajari sama ada berkaitan dengan pelajaran sekolah atau agama seperti mengaji Al-Quran dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu. Insya Allah akan dimakbulkan Allah.
Maksud dan Terjemahan:
"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu." - Surah Al Anbiya Ayat 79.
Semoga perkongsian doa-doa terbaik untuk semua anak sama ada lelaki atau perempuan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ini akan bermanfaat dan dapat digunakan dengan sepenuhnya untuk menangani masalah serta untuk meminta kepada Allah agar diberikan anak yang baik, pintar, bijak serta soleh dan solehah. - Ilmualam.com