Buat 4 Perkara Ini Sebelum Tidur Walau Kau Terlalu Sibuk (Andai Ajal Dalam Tidur)

4 amalan sunnah sebelum tidur

Andai ajal dalam tidur, pasti banyak perkara yang kita tinggalkan tanpa sempat melakukan apa-apa. Sebaiknya sebelum tidur, mari kita lakukan 4 perkara ini sepertimana yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW.

Walau sesibuk mana pun dengan tugasan harian dan rutin kerja yang kita lakukan dalam kehidupan seharian pasti banyak perkara yang kita terlepas pandang dek kerana terlalu penat dan ingin berehat secukupnya.

Semua manusia tentunya terus mencari rezeki dan berkerja demi sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan selagi bernyawa. Urusan duniawi pula seolah tiada berpenghujung dan tidak akan pernah habis.

kesibukan berkerja

Tetapi, adakah kita terfikir tentang hal atau perkara yang wajib kita lakukan dalam kehidupan kita sehari-hari? Apakah kita selalu terlupa kerana kesibukan kerja dan tugas harian sehingga mengabaikan perkara wajib?

Sebenarnya, ada empat perkara yang teramat penting yang harus kita lakukan sebelum tidur pada setiap hari. Ajal datang tanpa diduga, andai ajal kita dalam tidur atau ajal datang menjemput ketika kita sedang lena enak dibuai mimpi, tiada siapa yang tahu.

Andai Ajal Dalam Tidur


Ikuti perkongsian Ustaz Abdul Somad yang menekankan tentang andai ajal dalam tidur dan terdapat empat perkara yang perlu kita buat sebelum tidur walau sesibuk manapun diri kita dengan tugas-tugas harian.

amalan sebelum tidur

Berikut adalah empat perkara yang perlu kita laksanakan sebelum kita tidur sepertimana Rasulullah SAW telah berpesan kepada Siti Aisyah R.A. supaya tidak tidur sebelum melakukan 4 perkara tersebut iaitu ;

  • Sebelum khatam Al-Quran
  • Sebelum menjadikan para Nabi bersyafaat untukmu di Hari Kiamat
  • Sebelum para Muslimin meredhai engkau
  • Sebelum engkau melaksanakan Haji dan Umrah

Kemudiannya, Siti Aisyah bertanya kepada Rasulullah, bagaimana dia dapat melakukan 4 perkara tersebut seketika? Rasulullah kemudian tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau akan tidur, bacalah surah Al–Ikhlas tiga kali, ia seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran."

bacaan surah al ikhlas sebelum tidur


2. "Bacalah selawat untukku dan untuk para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di Hari Kiamat."

berselawat

3. "Beristighfarlah untuk para Mukminin maka mereka akan meredhai engkau."

andai ajal dalam tidur

4. "Dan perbanyakkanlah 'bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir' maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah."

4 perkara perlu dibuat sebelum tidur

Kepada sesiapa sahaja yang mengetahui tentang 4 perkara yang perlu dibuat sebelum tidur, andai ajal dalam tidur ini, sampaikanlah kepada orang lain juga kerana ia umpama sedekah jariah kepada setiap orang yang mengirimkan pesan ini.

Malahan, apabila seseorang itu mengamalkan 4 perkara yang telah disampaikan ini, kita pasti akan juga dapat ganjaran pahala yang amat besar yang akan dikurniakan Allah SWT kepada diri kita yang menyampaikan. Insya Allah!

bacaan sebelum tidur

Semoga perkongsian artikel andai ajal dalam tidur berserta 4 perkara yang perlu dilaksanakan sebelum tidur akan bermanfaat buat kita semua. Semoga kita semua dijauhkan segala penyakit, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, keluarga yang bahagia dan akan ditempatkan di Syurga Allah. Aaminn Ya Rabbal 'Alamiin. - ilmualam.com