Nifas merupakan darah yang keluar dari rahim disebabkan kerana proses kelahiran. Ia boleh terjadi sama ada sesudah atau sebelumnya, keadaan itu berlaku antara 2 hingga 3 hari dan disertai dengan rasa sakit. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Darah yang dilihat seorang wanita ketika mulai merasa sakit adalah nifas."
Beliau tidak memberikan batasan 2 atau 3 hari. Dan maksudnya iaitu rasa sakit yang kemudian disertai kelahiran. Jika tidak, maka itu bukan nifas. Ada perbezaan pendapat antara ulama dalam menentukan batas maksimal dan minimal semasa nifas. Menurut Syaikh Taqiyuddin dalam risalahnya tentang sebutan yang dijadikan kaitan hukum oleh Pembawa syari’at, halaman 37 Nifas tidak ada batas minimal mahupun maksimalnya.
"Andai kata ada seorang wanita mendapati darah lebih dari 40,60 atau 70 hari dan berhenti, maka itu adalah nifas. Namun jika berlanjutan maka itu adalah darah kotor dan bila sedemikian yang terjadi maka batasnya 40 hari, kerana hal itu merupakan batas umum sebagaimana dinyatakan oleh banyak hadis."
Masa Nifas Menurut Agama Islam
Masa nifas merupakan masa dimana wanita yang mengalami pendarahan rahim. Dalam Islam masa nifas biasanya berlangsung selama 40 hari atau lebih. Selama masa tersebut seorang wanita dibebaskan dari kewajipannya seperti larangan saat haid iaitu solat lima waktu dan puasa wajib.
Dalam hadis riwayat Tirmidzi berkata:
"Ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi SAW, tabi’in dan orang-orang setelah mereka bersepakat, bahawa wanita nifas itu meninggalkan solat selama empat puluh hari, kecuali jika dia sudah suci bersih sebelum genap empat puluh hari, maka pada saat itu dia harus mandi dan solat."
1. Masa Nifas Yang Terjadi Jika Lebih Dari 40 Hari
Namun, jika masa nifas melebihi dari 40 hari dan ketika saat itu menunjukkan tanda-tanda akan berhenti, maka hendaknya menunggu hingga darah sampai benar-benar berhenti baru kemudian mandi wajib.
Jika setelah maas 40 hari tidak menunjukkan tanda darah akan berhenti dan malah terus menerus keluar maka ia mustahadhah. Dalam keadaan ini maka hendaknya ia kembali kepada kewajipannya iaitu hendaklah ia mandi wajib, solat dan menjalankan kewajipan lainnya.
Menurut Al-Majd Ibnu Taimiyah, sebagaimana dinukil dalam kitab Syarhul Iqna’:
"Manakala seorang wanita mendapati darah yang disertai rasa sakit sebelum masa (minimal) itu, maka tidak perlu dianggap (sebagai nifas). Namun jika sesudahnya, maka ia tidak solat dan tidak puasa.
Kemudian, apabila sesudah kelahiran temyata tidak sesuai dengan kenyataan maka ia segera kembali mengerjakan kewajipan; tetapi kalau tidak ternyata demikian, tetap berlaku hukum menurut kenyataan sehingga tidak perlu kembali mengerjakan kewajipan."
2. Ketentuan Masa Nifas
Nifas hanya ditetapkan kepada mereka wanita yang telah melahirkan bayi yang berbentuk manusia. Sedangkan bagi mereka yang keguguran atau melahirkan janin yang belum berbentuk manusia maka jika mereka mengeluarkan darah, darah tersebut bukan merupakan darah nifas dan dinyatakan sebagai darah penyakit . Oleh kerana itu, itulah hukum wanita yang mustahadahah.
Dalam Islam, wanita yang sedang dalam masa nifas tidak digalakkan untuk keluar rumah selama masa tersebut. Seperti yang diungkapkan Dari Ali bin Abdil A’la, dari Abu Sahl, dari Mussah al-Azdiyyah, dari Ummu Salamah ra, dia berkata:
"Para wanita nifas berdiam diri di masa Rasulullah SAW. Selama 40 (empat puluh hari). Kami melicinkan wajah kami dengan waras yang berwarna hitam kemerahan." (HR. Tirmidzi, Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Apabila darah nifas berhenti sebelum empat puluh hari, namun kembali keluar pada hari empat puluh, maka darah tersebut diragukan sebagai darah nifas. Namun pada masa ini si wanita tidak boleh melakukan solat fardhu atau puasa sebagaimana kewajipannya.
Dan setelah masa sucinya tiba, maka ia wajib mengqada’ apa yang dilakukannya selama masa yang diragukan tadi. Apabila darah masih keluar pada masa yang dimungkinkan maka darah tersebut masuk ke dalam masa nifas.
Jika tidak maka darah tersebut ialah darah haid, Terkecuali jika keadaab dimana darah tersebut keluar terus menerus maka hal tersebut merupakan istihadah . Seperti dalam kitab Al-Mughni’, Imam Malik mengatakan:
"Apabila seorang wanita mendapati darah setelah dua atau tiga hari, yakni sejak berhentinya, maka itu termasuk nifas. Jika tidak, bererti darah haid."
3. Larangan Selama Masa Nifas
Dalam hal ini keragu-raguan merupakan hal yang relatif. Bergantung dari bagaimana diri masing-masing terhadap pemahamannya sendiri. Kerana itu dalam Al-Quran sebenarnya telah memberikan penjelasan akan segala sesuatu.
Allah SWT juga tidak mewajibkan umatnya untuk berpuasa dan thawaf dua kali terkecuali jika terdapat kesalahan pada tindakan pertama maka ia wajib menqada’nya.
Selain itu, ketika seseorang mampu melakukan kewajipan sesuai dengan kemampuannya maka ia terbebas tanggungannya. Sebagaimana Firman Allah SWT :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan.. " [Al-Baqarah/2: 286]
4. Pandangan Islam Terhadap Masa Nifas Usai Melahirkan Melalui Operasi Cesar
Di zaman moden seperti sekarang ini, seiring dengan perkembangan di bidang perubatan. Salah satu pilihan persalinan yang ditawarkan adalah melalui bedah cesar. Ada pertanyaan, bagaimana hukum nifas dan masanya, dengan wanita yang melahirkan melalui cesar? . Menurut keterangan Al-Lajnah ad-Daimah,
"Hukum bagi wanita seusai bedah Caesar, maka hukumnya sama dengan wanita yang mengalami nifas kerana persalinan normal. Jika melihat keluarnya darah dari kemaluannya, maka ia meninggalkan solat dan puasa sampai suci. Apabila tak melihat lagi keluarnya darah, maka ia harus mandi, solat dan puasa seperti halnya wanita-wanita suci yang lain."
Ertinya bahawa bagaimanapun proses bersalin selama mempunyai darah yang keluar dari kemaluan maka keadaan tersebut disebut sebagai masa nifas.
5. Hukum Talak Selama Masa Nifas Berlangsung
Dijelaskan lebih lanjut bahawa selama dalam masa nifas seorang suami tidak boleh menalak atau menceraikan isterinya. Sebagaimana Syaikh Ibnu Utsaimin menjawab sebagai berikut:
"Menceraikan hukumnya tidak boleh, bahkan talak itu hukumnya termasuk talak bid’ah, sebagaimana menceraikan wanita yang sedang haid."
Dapat disimpulkan bahawa, dalam Islam masa nifas berlangsung lebih kurang selama 40 hari. Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, ia berkata,
"Dahulu di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, wanita menunggu masa nifasnya selesai hingga 40 hari atau 40 malam."
Demikian juga keterangan dari Ibnu Abbas,
"Wanita nifas tidak boleh melaksanakan solat selama 40 hari."
Hal ini juga disokong oleh ilmu kedoktoran yang menyatakan bahawa masa nifas berlangsung selama 40 hari yang berlangsung dan terdiri dari beberapa fasa iaitu :
Phase lochia rubra (berwarna merah segar) biasanya minggu pertama. Fasa lochia sanguinolenta (berwarna kecoklatan dan kekuningan) biasa selama 2 minggu dan, Fasa lochi alba (lendir kuning berwarna putih kekuningan).
Dengan demikian, maka anda akan boleh memahami lebih mendalam mengenai masa nifas mengikut agama Islam yang wajib diketahui oleh kaum hawa. Sebagai bahan rujukan untuk anda, sila semak juga hukum menunda mandi wajib selepas haid, cara mandi wajib bagi wanita, cara mandi dalam Islam.
Semoga perkongsian waktu nifas menurut agama Islam yang wajib diketahui oleh semua kaum wanita ini akan bermanfaat untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang nifas.