Kenapa Kita Perlu Cukur Bulu Kemaluan (Hukum Dalam Islam)

cara cukur bulu kemaluan supaya tidak gatal

Hukum mencukur bulu kemaluan dalam Islam bagi lelaki dan perempuan adalah disunatkan oleh agama Islam. Walau bagaimanapun, perkara yang wajib diutamakan adalah mencukur bulu atau dengan cara mencabut, menggunting atau menggunakan cecair kapur yang bertujuan untuk menggugurkan bulu berkenaan.

Hukum Mencukur Bulu Kemaluan Dalam Islam


Kita digalakkan bercukur dengan tujuan supaya segala kutu atau tungau yang bernyawa yang dapat hidup di bahagian kemaluan dapat dihindarkan selain boleh mengelakkan daripada sebarang penyakit-penyakit yang berkaitan.

Malahan bulu kemaluan sama ada lelaki atau perempuan yang tidak dijaga dan tidak dicukur sehingga menjadi semak dan panjang pasti akan mengeluarkan bau yang tidak begitu baik untuk dihidu oleh pasangan suami atau isteri.

Dalam Islam juga turut dinyatakan bahawa kita tidak dibenarkan menyimpan atau membiarkan bulu kemaluan kita itu terus tumbuh sehingga panjang tanpa dibuang atau dicukur setelah lebih daripada 40 hari, kita wajib mencukurnya sebelum 40 hari.


Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:

"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puluh hari, supaya tidak lupa menggunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu kemaluan." (HR Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad, Tirmidzi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Jadi, maksudnya paling lama adalah 40 hari saja dan kita harus membuang bulu-bulu di bahagian-bahagian sulit sebelum mencecah 40 hari. Tetapi, adakah amalan ini kita sering lakukan? Mungkin ada yang tidak pernah mencukur bulu kemaluan dalam hidupnya. Mulai sekarang, buat dan jadikan amalan.

Cara bercukur alat sulit mengikut sunnah

Namun, perlu diingatkan, haram jika seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan mencukur bulu kemaluan di hadapan orang lain. Kita haruslah bercukur bersendirian di kawasan tertutup tanpa dilihat orang.

Sebenarnya jika kita tidak bercukur dan tidak membersihkan di bahagian-bahagian sulit seperti kemaluan, perkara ini amat disukai oleh iblis laknatullah dan berikut adalah dialog Rasulullah SAW dengan iblis ;

Pertanyaan Nabi:

"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?"

Jawab Iblis:

"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pepijat pada bulu itu."

Wajib untuk anda ketahui bahawa mencukur bulu kemaluan itu juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW yang turut mengajar kita mementingkan kebersihan diri dan bersuci atau menjaga kebersihan diri itu juga separuh daripada iman.

Waktu Sunnah Mencukur Bulu Kemaluan

Waktu yang sesuai untuk mencukur bulu kemaluan adalah seperti sunnah iaitu ia dilakukan dengan secara teratur dan tidak boleh melebihi daripada 40 hari. Perkara tersebut telah diceritakan oleh sahabat Anas Bin Malik ;

"Kami diberikan masa untuk memendekkan kumis, memotong kuku, mencukur bulu kemaluan dan mencabut bulu ketiak supaya tidak dibiarkan lebih dari 40 hari."


Cara Mencukur Bulu Kemaluan Dalam Islam

Cara mencukur bulu kemaluan hendaklah dimulakan dengan di bahagian bulu di sebelah kanan kemudiannya ke bahagian kiri. Walau bagaimanapun, jika kita mengalami sebarang kesulitan untuk memulakan di sebelah kanan, maka dibolehkan dari arah mana sekalipun mengikut keadaan dan situasi.

Namun, yang paling penting setiap perbuatan kita itu harus dimulakan dengan Bismillah manakala tiada sebarang doa khusus untuk mencukur bulu kemaluan namun tidak menjadi kesalahan jika kita berdoa dengan doa yang diambil daripada Al-Quran.

Cara Cukur Bulu Kemaluan Supaya Tak Gatal


tips bercukur perempuan dan lelaki

Mengapa setelah bercukur, kulit di bahagian tersebut menjadi gatal? Sebenarnya bermacam sebab yang menjadikan kegatalan yang amat sangat. Berikut kami kongsikan cara mencukur bulu kemaluan supaya tidak gatal.

  • Tidak mencukur hingga bersih. Cukur sehingga sebersih-bersihnya
  • Tegangkan kulit di bahagian sulit ketika mencukur
  • Cukur secara perlahan-lahan
  • Berendam dalam air panas suam
  • Menggunakan shaving cream
  • Menggunakan pelembab setelah selesai bercukur
  • Menggunakan krim anti gatal
  • Menggunakan bedak yang sesuai

Bolehkah Suami atau Isteri Mencukur Bulu Kemaluan?

Pasti ada yang bertanyakan adakah boleh isteri atau suami mencukur bulu kemaluan dengan alasan-alasan tertentu seperti untuk kemesraan atau mempunyai kesulitan untuk membuat sendiri. Ketika pasangan mencukur bulu pastinya akan melihat aurat, adakah dibolehkan?

Ada dua pendapat ulama yang menyatakan tentang hal yang berkaitan dengan cukur bulu kemaluan oleh pasangan suami atau isteri iaitu ;

Makruh

Ulama yang mengatakan perkara ini mmakruh memiliki dalil dengan hadis riwayat Aisyah radhiyallahu ‘anha yang berkata, "Aku tidak pernah memandang kemaluan Rasulullah SAW." (HR. Ibnu Majah)

Mubah

Pendapat jumhur ulama yang menilai hadis Aisyah tersebut dhaif seperti yang disebut Al Hafizh Ibnu Rajab. Selain itu dalil lain adalah riwayat Aisyah dalam Bukhari dan Muslim yang berkata ;

"Aku pernah mandi bersama Rasulullah SAW dari satu bejana antara aku dan beliau. Kemudian beliau bergegas-gegas denganku mengambil air, hingga aku mengatakan: tinggalkan air untukku, tinggalkan air untukku."

Ia berkata; "Mereka berdua saat itu dalam kondisi junub." (HR. Bukhari dan Muslim).

Dalam Fathul Bari dijelaskan jika ulama seperti Ad Daudi berdalil dengan hadis berhubungan dengan suami yang memandang aurat istri. Sedangkan hadis lain yang dijadikan pegangan untuk memperbolehkan suami melihat aurat isterinya adalah dengan sabda Rasulullah SAW ;

"Jagalah auratmu kecuali dari isterimu." (HR. Tirmidzi dan Abu Daud, Hasan)

Ibnu Hajar Al Asqalani juga memberi penjelasan jika hadis ini memperlihatkan suami boleh melihat aurat isteri. Ibnu Hazm Azh Zhahiri juga menegaskan ;

"Boleh bagi suami untuk memandang 'milik' isteri sebagaimana isteri juga boleh memandang 'milik' suami. Hal itu tidak dianggap makruh sama sekali."

Semoga perkongsian cara mencukur bulu kemaluan dalam Islam mengikut hukum serta cara cukur bahagian sulit supaya tidak gatal dengan betul ini akan bermanfaat buat anda semua. - ilmualam.com